Kepentingan Ibu Bapa Menghantar Anak Ke Kelas KAFA

April 23, 2024

Masih ramai ibu-bapa yang ragu-ragu untuk menghantar anak mereka ke kelas KAFA. Ada yang memberi alasan, kasihan pada anak-anak keletihan seharian bersekolah pagi petang. Tidak cukup rehat, tiada masa beriadah yang cukup dan sebagainya.

Pertama sekali, kita perlu faham impak kelas KAFA ini kepada anak-anak kita sebelum membuat sebarang keputusan.

Fungsi Kelas KAFA

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), salah satu fungsi penting kelas ini diwujudkan ialah untuk mendidik anak-anak kita dengan ilmu agama. Terutamanya bacaan Al-Quran serta ilmu-ilmu fardu ain. Walaupun kelas ini tidak wajib, namun peranan KAFA dalam mendidik anak kita cara beribadah dan beragama itu besar.

Peranan Ibu Bapa Memberi Pendidikan

Dari sudut ibu-bapa pula, setiap daripada kita mempunyai peranan menyediakan pendidikan buat anak-anak kita. Terutamanya ilmu agama yang wajib. Cara berwuduk yang betul, cara solat yang betul. Dengan adanya kelas KAFA, ibu-bapa boleh dianggap menyepurnakan tugas mereka memberi pendidikan agama.

Tanpa kehadiran anak-anak anda ke kelas KAFA, anda kena bersusah payah mencari guru agama buat anak anda. Atau diri anda sendiri perlu mengajar mereka secara berperingkat tentang ilmu agama. Pastinya sulit dalam era yang serba mencabar ini, yang menuntut sebahagian daripada kita bekerja lebih masa demi memehu kos sara hidup sekarang.

Lembah Amal

Abu Hurairah memberitahu bahawa sahabat agungnya, Rasulullah SAW pernah berkata, “Kalau seseorang meninggal dunia, maka amalnya akan terputus kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Semoga melalui hasil usaha anda menghantar anak-anak anda ke kelas KAFA. Mereka mampu terdidik dan yang menjadi muslim yang beramal soleh. Hingga mampu menjadi bekalan buat kita di alam barzakh yang kita akan pergi nanti.

Kesimpulan

Tak dinafikan, kelas KAFA mempunyai cabarang yang tersendiri. Terutamanya buat anak kita yang masih bersekolah rendah. Namun ketahuilah ibu-ayah, segala perit jerih ini bakal terbalas jua, insya-Allah. Apabila kita dapat melihat anak-anak kita membesar menjadi muslim yang faham akan halal haram, tahu keperluan dan cara solat yang betul. Pasti lelah kita selama ini terubat.

Masih Mencari Sekolah KAFA Buat Anak Anda?

Daftar Sekarang Di Attanzeel
  • Sekolah transit harian & cuti sekolah
  • Kelas berhawa dingin dan selesa
  • Setiap kelas pelajar tidak ramai
  • Ada peperiksaan UPKK & PSRA
  • Berdaftar dengan JAIS

Baca Juga Tentang