Cara Memilih Sekolah KAFA Terbaik buat Anak Anda

April 20, 2024

Sekolah KAFA iaitu singkatan bagi (Kursus Agama Fardhu Ain) . Memainkan peranan penting dalam pembangunan ilmu agama anak-anak kita. Memilih sekolah KAFA yang sesuai adalah cukup penting bagi kecermerlangan mereka dan kemudahan bagi para ibu bapa. Berikut adalah panduan dan tips dalam memilih sekolah KAFA terbaik untuk anak anda:

1. Kaji Selidik Silibus Sekolah:

Anda boleh bertanya kepada pihak sekolah atau guru-guru tentang silibus KAFA yang digunakan. Adakah ianya mengikut format dari pihak berautoriti seperti JAKIM. Silibus yang baik pastilah yang memenuhi TIGA elemen utama ilmu fardu ain. Ianya adalah ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasawwuf.

Di Sekolah Rendah Islam At Tanzeel, kami bukan sahaja melengkapkan anak anda dengan 8 jenis silibus. Malah kami juga menyediakan kelas pengukuhan jawi bagi pelajar darjah 1,2,3 yang belum menguasai kemahiran menulis jawi. Bacaan lanjut klik sini.

2. Selidik Prestasi dan Reputasi Sekolah:

Lakukan penyelidikan menyeluruh tentang prestasi dan reputasi sekolah KAFA yang anda pertimbangkan. Tanya dari komuniti setempat, sekolah yang manakah yang mempunyai reputasi yang baik. Ini penting kerana ianya dapat mempengaruhi kecermerlangan anak-anak anda.

Sebagai contoh, Sekolah Rendah Islam At Tanzeel di Selangor pernah mendapat keputusan Terbaik UPKK bagi dua tahu berturut-turut. Iaitu pada tahun 2017 & 2018.

Ini menunjukkan para guru  Sekolah Rendah Islam At Tanzeel yang dari lepasan universiti ini benar-benar berkaliber dan ikhlas dalam mendidik anak-anak anda.

3. Tinjau Fasiliti dan Sumber:

Fasiliti sekolah yang lengkap & kondusif memberi peluang buat anak-anak menjalani aktiviti pembelajaran dengan lebih selesa. Selain itu, bilangan murid dalam kelas juga memainkan peranan yang tersendiri. Kelas yang terlalu sesak mungkin boleh mematahkan semangat anak-anak kita untuk mendalami ilmu agama.

Sesuai dengan keadaan semasa,  Sekolah Rendah Islam At Tanzeel menyediakan ruangan kelas yang dilengkapi dengan pendingin hawa. Malah bilangan pelajar setiap kelas juga tidak terlalu ramai, ruangan persalinan sertai bilik mandian juga disediakan bagi sesi transit. Barulah anak-anak anda mampu belajar dalam keadaan selesa dan seronok.

4. Pertimbangkan Lokasi dan Masa:

Pertimbangkan lokasi sekolah KAFA dan masa yang diperlukan untuk perjalanan anak anda ke sana. Pilihlah sekolah yang berdekatan dengan rumah anda dan selari dengan jadual aktiviti harian anda.

Sebagai contoh, Sekolah Rendah Islam At Tanzeel di Selangor terletak di bandar-bandar besar dengan jaringan jalan raya yang lengkap, klik sini untuk lihat lokasi cawangan sekolah. Kawasan persekitaran sekolah yang membangun juga menjamin lebih keselamatan buat anak-anak anda.

Malah pihak sekolah juga menyediakan program KAFA yang datang bersama dengan makanan tengah hari buat para pelajar. Ini banyak mengurangkan beban buat para ibu bapa dan penjaga.

5. Aktiviti Tambahan:

Pembelajaran bukan sekadar terhad di dalam bilik darjah secara teori. Sebaiknya perlulah disertakan bersama aktiviti praktikal dan luaran. Barulah perkembangan pembelajaran anak-anak kita seimbang.

Antara contoh terbaik ialah Sekolah Rendah Islam At Tanzeel yang turut menerapkan pelbagai aktiviti praktikal dan di luar kelas.

Program Ihtifal Sri At Tanzeel

Program Kursus Haji Cilik

Sambutan Hari Maulidur Rasul

Kursus Pengurusan Jenazah

Program Market Day

Lawatan Ke NextGen Theme Park

Kesimpulan

Jika ada sekolah yang mampu memenuhi kesemua atau sebahagian daripada kriteria di atas. Maka beruntunglah anak-anak anda. Dengan adanya pendidikan agama yang kukuh sejak dari kecil. Insya-Allah anak anda bakal membesar menjadi muslim yang beriman lagi bertaqwa.

Masih Mencari Sekolah KAFA Buat Anak Anda?

Daftar Sekarang Di Attanzeel
  • Sekolah transit harian & cuti sekolah
  • Kelas berhawa dingin dan selesa
  • Setiap kelas pelajar tidak ramai
  • Ada peperiksaan UPKK & PSRA
  • Berdaftar dengan JAIS

Baca Juga Tentang