Membaca Al-Quran adalah salah satu aspek penting dalam agama islam. Pendidikan Al-Quran perlulah dimulakan sejak dari kecil lagi. Ini antara cara yang anda boleh lakukan agar dapat pastikan bacaan Al-Quran anak-anak anda makin lancar.
Kenalkan Huruf Hijaiyah
Perkenalkan kepada anak-anak dengan huruf hiyaiyah. Bagai cara menyebutnya dan bagaimana bentuk setiap huruf tersebut. Anda boleh menggunakan buku Iqra yang boleh didapati di pasaran bagi membantu lagi proses pembelajaran ana-anak anda.
Gunakan Teknik Kad Imbasan
Anda juga boleh gunakan teknik kad imbasan (flash card) bagi menarik lagi perhatian anak-anak, terutamanya bagi si kecil yang berusia 5 tahun ke bawah.
Jadikan Proses Pembelajaran Itu Ringkas
Pastikan ianya mudah dan ringkas, kita tidak mahu anak-anak merasa sulit dan mula berputus asa. Semasa melalui proses pembelajaran pada peringkat awal. Ini kerana, kita mahu memupuk semangat yang ada dalam diri mereka terlebih dahulu.
Adakan Hafalan Surah-surah Lazim
Anak-anak boleh diperkenalkan dengan bacaan surah seperti Al-Fatihah, surah 3 Qul atau mana-mana surah dari juz amma yang pendek. Dengan keupayaan mereka menghafal surah-surah ini. Insya-Allah mereka lebih yakin dan berminat untuk belajar lagi tentang bacaan Al-Quran.
Ibu bapa Sebagai Suri Tauladan
Kerapkan perdengarkan bacaan Al-Quran anda pada anak-anak. Hadirkan mereka dalam majlis-majlis Al-Quran. Supaya persekitaran yang positif ini sedikit sebanyak mampu membentuk jiwa anak kita yang cintakan pada Al-Quran.
Perdengarkan Bacaan Al-Quran Semasa Mereka Tidur
Alunkan bacaan Al-Quran anda semasa mereka tidur, jika tidak sempat atau ada sebarang kekangan. Boleh juga diperdengarkan dengan rakaman Al-Quran yang mudah didapati di pasaran. Namun perlu diingatkan, bacaan Al-Quran di sini tidaklah perlu terlalu lantang. Takut-takut nanti terganggu pula tidur anak kita.
Hantar Ke Kelas Al-Quran Selepas Waktu Persekolahan
Anda juga boleh menghantar anak-anak anda ke kelas Al-Quran yang diuruskan oleh guru-guru yang berpengalaman. Di sana, anak-anak boleh belajar bergaul dan bersosial. Ini menjadikan aktiviti pembelajaran itu menyeronokkan.
Sebagai contoh, Sekolah Rendah Islam At Tanzeel yang berlokasi di Selangor menawarkan kelas KAFA selepas waktu persekolahan. Di sini, anak-anak anda bukan sahaja di ajar tentang Al-Quran malah juga diajar tentang.
- Akidah
- Ibadah
- Sirah
- Adab
- Jawi
- Arab
- Hafazan Al-Quran
Kesimpulan
Didiklah anak-anak anda tentang Al-Quran. Kerana ianya Kalamullah, dari sini kita dapat memahami firman dan suruhan Allah. Panduan buat kita semua dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim. Walau sesulit mana pun, usahakan yang sebaik mungkin.










