Sekolah agama dan Sekolah KAFA merupakan dua institusi pendidikan yang berbeza namun diuruskan oleh jabatan yang sama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Walaupun sering kali dianggap serupa, kedua-dua sekolah ini mempunyai ciri-ciri unik yang membezakannya. Artikel ini kita akan mengulas lebih lanjut tentang perbezaan antara sekolah agama dan Sekolah KAFA.
Perbezaan
Sekolah KAFA
Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula tahun 1 hingga tahun 6 yang berdaftar dengan Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama Negeri) dengan menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan elaun Guru KAFA dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.
Antara contoh sekolah KAFA ialah Sekolah Rendah Islam At Tanzeel di Selangor, KLIK SINI untuk info lanjut.
Sekolah Agama
Sekolah Agama bermaksud mana-mana tempat yang digunakan bagi tujuan pendidikan, pengajaran atau pembelajaran agama Islam sama ada secara fizikal atau secara dalam talian (maya), di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, tahfiz dan pondok. Ia ditubuh dan ditadbir urus oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) atau individu secara perseorangan atau berkumpulan, atau pertubuhan atau syarikat. Institusi ini berdaftar dengan PBAN dan bukan berada di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Yuran
Kedua-dua jenis sekolah mengenakan yuran. Jumlah yuran secara bulanan dan tahunan itu bergantung. Faktor lokaliti, pengurusan dan lain-lain menjadi faktor kepada jumlah yuran sekolah.
Sesi Pembelajaran
Sekolah KAFA
Sebelum atau selepas sesi persekolahan harian. Katakan jika pelajar bersekolah harian pada pagi, maka sesi sekolah KAFA akan dijalankan pada waktu petang dan sebaliknya. Selalunya waktu pembelajaran sekolah KAFA lebih singkat berbanding sekolah agama.
Sekolah Agama
Selalunya mempunyai satu sesi sahaja, iaitu sesi pagi. Tempoh pembelajaran bergantung pada sekolah, ada yang tamat pada waktu tengah hari. Dan ada yang tamat pada waktu petang.
Silibus Matapelajaran
Sekolah KAFA
Silibus sekitar subjek agama sahaja, sesuai dengan namanya Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Merangkumi lapan subjek:
- Al-Quran
- Akidah
- Ibadah
- Sirah
- Adab
- Bahasa Arab
- Jawi dan Khat
- Tahfiz al-Quran
Sekolah Agama
Mengabungkan matapelajaran agama serta yang lain-lain juga. Contohnya seperti berikut:
- Tauhid
- Tahfiz
- Ibadat
- Akhlak
- Sirah
- Bahasa Arab
- Tajwid
- Hadith
- Pendidikan Alam
- Matematik
- Sains
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
- Jawi
Kesimpulan
Walaupun kedua-dua sekolah ini berbeza, namun ianya memainkan peranan yang sama buat anak-anak kita. Mendidik mereka menjadi seorang muslim yang bukan sahaja berjaya dunia, malah di akhirat juga, insya-Allah.