Masih ramai ibu-bapa yang belum jelas tentang kedudukan kelas KAFA. Adakah ianya wajib bagi setiap pelajar muslim atau ada kelonggaran untuk tidak menghantar anak ke kelas ini? Bagaimana pula dari segi merit, ada memberi kesan kepada anak-anak kita untuk melanjutkan ke sekolah berasrama penuh atau tidak? Jom kita kupas lebih lanjut.
KAFA singkatan kepada Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, ditubuhkan oleh kerajaan dalam memastikan anak-anak kita dapat belajar dan memahami asas agama Islam dengan lebih mendalam.
Adakah wajib saya hantar anak ke kelas KAFA?
Tidak wajib, anda boleh saja untuk menghantar anak-anak anda ke sekolah harian sahaja.
Adakah KAFA ada merit yang boleh digunakan untuk permohonan sekolah berasrama?
Ya, ada sesetengah sekolah berasrama mengambil kira juga merit dari kelas KAFA. Terutamanya sekolah aliran agama. Manakala sebahagian lagi tidak mengambil kira merit kelas KAFA.
Kesimpulan
Walaupun kelas KAFA mempunyai ujian UPKK pada darjah 5. Matlamat utama yang kita mahukan bukan bilangan A semata-mata. Namun sahsiah diri anak-anak kita yang terdidik dari ajaran agama yang benar itu yang utama. Sesuai dengan ucapan oleh Menteri Hal Ehwal Agama , Dato Naim.
Kalau dapat 8A sekalipun tidak menjadi manusia yg menunaikan solat dan menghayati agama, jadi tidaklah kemana-mana










