Cara Elak Anak Penat Ke Kelas KAFA

April 23, 2024

Ramai ibu-bapa bimbang dengan jadual persekolahan anak-anak kita yang terlalu padat. Pagi di sekolah harian, petang sambung pula sekolah KAFA. Waktu malam sebelum tidur perlu siapkan kerja sekolah dan persiapan esok. Kita yang dewasa pun boleh keletihan jika bekerja seperti mereka bukan. Artikel kali ini, kami ingin kongsi beberapa tips bagi mengurangkan beban para anak-anak kita dalam mengikuti jadual persekolahan yang padat.

Sediakan bekal yang berkhasiat

Bekalkan anak-anak kita dengan bekal yang berkhasiat, kaya dengan sumber protein, karbohidrat serta vitamin-vitamin. Elakkan bekal yang tidak bernutrisi seperti makanan ringan. Insya-Allah, dengan adanya makanan yang berkhasiat. Anak-anak kita mampu fokus serta bertenaga sepanjang hari. Jika anda tidak sempat menyediakan bekal.

Boleh usahakan mencari sekolah KAFA yang datang bersama pakej makanan tengah hari. Sebagai contoh Sekolah Rendah Islam At Tanzeel di Selangor, (klik sini) untuk info lanjut.

Pilih sekolah yang selesa

Dua aspek yang memberi keselesaan buat anak anda semasa mengikuti kelas KAFA ialah:

Bilik mandian: Rasa lebih segar dan bersemangat mengikut sesi kelas KAFA nanti.

Kelas yang mempunyai pendingin hawa: Baru tak rasa mengantuk dan penat semasa sesi kelas berjalan. Terutamanya di waktu sekarang, cuaca yang panas melampau.

Kata-kata semangat

Terangkan kepada anak-anak tentang keperluan mereka mengikuti kelas KAFA

Usap ubun-ubun kepala anak kita dan katakanlah:

“Abang…. akak… bukan ibu ayah tak kasihan tengok kami penat belajar sampai ke petang di kelas KAFA, namun kami kasihan lagi kalau kamu tak tahu cara solat, tak kenal jenis-jenis air, jenis-jenis najis. Baca Al-Quran pun tersekat-sekat. Satu hari nanti ibu ayah nak solat berimamkan abang… kamu uruskan jenazah kami… jadi ibu-ayah harap abang…akak bersabar ya.”

Insya-Allah mereka akan faham dan lebih bersemangat dalam mengikut kelas KAFA. Kerana sekarang mereka sudah ada tujuan yang jelas, memikul amanah sebagai seorang anak berbakti kepada kepada ibu-ayah mereka. Sesuai dengan acuan agama.

Kesimpulan

Suka kami untuk tutup artikel kali ini dengan salah satu daripada ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa. Allah SWT itu mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

Masih Mencari Sekolah KAFA Buat Anak Anda?

Daftar Sekarang Di Attanzeel
  • Sekolah transit harian & cuti sekolah
  • Kelas berhawa dingin dan selesa
  • Setiap kelas pelajar tidak ramai
  • Ada peperiksaan UPKK & PSRA
  • Berdaftar dengan JAIS

Baca Juga Tentang