Salah Faham Ibubapa tentang Sekolah KAFA

April 20, 2024

Masih wujud beberapa salah faham dalam kalangan ibu bapa atau penjaga tentang Sekolah KAFA (Kursus Agama Fardhu Ain). Dalam artikel ini, kita bakal menerangkan beberapa salah faham yang lazim berkaitan dengan institusi pendidikan agama ini.

1. Mengganggu Waktu Sekolah Harian:

Ada antara ibu-bapa atau penjaga yang menyangka Kelas KAFA menganggu rutin sekolah pelajar. Waktu kelas KAFA bertembung dengan waktu sekolah harian. Realitinya, kelas KAFA diadakan selepas waktu persekolahan tamat.

Jika anak anda bersekolah sesi pagi, maka kelas KAFA akan diadakan pada sesi petang. Jika anak anda bersekolah sesi petang, kelas KAFA akan diadakan pada sesi pagi. Jadual KAFA tidak bertembung dengan jadual sekolah harian.

2. Tenaga Pengajar Kurang Mahir:

Para guru KAFA hanya dianggap tankap muat sahaja, tiada menjalani sebarang kursus atau kelas pendidikan. Dan tidak berkelayakan dalam menjadi pengajar kepada anak-anak mereka. Realiti sebenar sebaliknya.

Sebagai contoh barisan guru Sekolah Rendah Islam At Tanzeel, merupakan lepasan graduan universiti. Malah ada yang dari Al-Azhar.  Bayangkan, bertahum lamanya mereka menelaah ilmu daripada guru-guru mereka daripada benua yang berbeza. Dan hari ini mereka berkumpul, mendidik dengan ikhlas anak-anak mengenal dengan lebih dalam tentang agama Islam. Klik sini untuk info lanjut tentang sekolah kami.

3. Fasiliti Sekolah Yang Serba Kekurangan

Lagi menyedihkan, ada juga yang mengangap fasiliti kelas KAFA ini serba kekurangan. Meja kursi tidak cukup, kelengkapan pembelajaran yang terhad. Sehingga tak sesuai untuk digunakan sebagai kelas untuk belajar. Bagi menangkis anggapan ini.

Kami tunjukkan sendiri contoh di Sekolah Rendah Islam At Tanzeel yang:

  • Lengkap lengkap dengan pendingin hawa di dalam kelas.
  •  Lokasi sekolah yang membangun dan selamat
  • Fasiliti bilik mandi and persalinan baju
  • Bilangan pelajar setiap kelas tidak terlalu ramai
  • Menggunakan sistem applikasi Schol2me
  • Dipenuhi dengan aktivi pembelajaran yang menarik, didalam serta diluar bilik darjah

4. Yuran Mahal

Yuran KAFA mahal, berpuluh kali ganda lebih mahal daripada sekolah harian. Sampai beribu ringgit sebulan!

Eh takdelah mahal sampai begitu sekali, yuran KAFA boleh dianggap masih berbaloi. Tak sampai pun beribu ringgit sebulan. Ramai ibu bapa sanggup berhabis duit hantar ke kelas piano, renang dan sebagainya. Ada yang siap caj bagi setiap sesi lagi. Kita ambil contoh yuran di Sekolah Rendah Islam At Tanzeel. Maksimum setakat ini RM300 sebulan, itu pun lengkap dengan makan tengah hari. Bayangkan, anda hanya perlu bayar RM10 untuk selesaikan dua beban hidup anda hari ini. Pertama, tangungjawab anda sebagai ibu-bapa mendidik anak-anak anda tentang ilmu agama. Kedua, tangungjawab anda menyediakan makanan tengah hari buat anak anda sepanjang hari persekolaha.

5. Hanya Belajar Baca Al-Quran

Tapi kelas KAFA ini belajar baca Al-Quran saja, alah macam kelas-kelas Al-Quran yang kita join lepas solat maghrib itu. Belajar baca kenal huruf saja.

Sebenarnya kelas KAFA ini ada silibusnya tersendiri, bukan sekadar belajar baca Al-Quran. Ini Silibus di Sekolah Rendah Islam At Tanzeel:

  • Akidah
  • Ibadah
  • Sirah
  • Adab
  • Jawi
  • Arab
  • Hafazan Al-Quran

Lebih istimewa, kami juga mempunyai kelas pengukuhan jawi bagi tahap 1,2,3 yang belum menguasai kemahiran menulis jawi.

Selain itu, kelas KAFA kini juga mempunyai peperiksaan besar yang dikenali sebagai UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK).  Ujian ini bermatlamat menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Kesimpulan

Kelas KAFA cukup penting dalam pembangunan ilmu agama dalam diri anak-anak kita. Ianya bukan saja kelas Al-Quran semata-mata, malah lebih daripada itu. Hantarlah anak-anak ke kelas KAFA yang berdekatan. Semoga dengan usaha kita ini, maka terbentuknya anak-anak kita menjadi individu yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

 

Masih Mencari Sekolah KAFA Buat Anak Anda?

Daftar Sekarang Di Attanzeel
  • Sekolah transit harian & cuti sekolah
  • Kelas berhawa dingin dan selesa
  • Setiap kelas pelajar tidak ramai
  • Ada peperiksaan UPKK & PSRA
  • Berdaftar dengan JAIS

Baca Juga Tentang