Apa Yang Anak Anda Belajar di Sekolah KAFA?

April 20, 2024

Sekolah KAFA, atau Kursus Agama Fardhu Ain, merupakan satu-satunya institusi pendidikan agama Islam di Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dalam agama Islam. Jika anak anda belajar di sekolah KAFA, berikut adalah silibus  yang mereka belajar.

1. Matapelajaran Al-Quran

Pemilihan surah Al-Quran di sini sesuai dengan peringkat umur pelajar.

  • Belajar secara talaqqi
  • Murid akan menguasai kemahiran membaca Al-Quran
  • Menghafaz surah lazim secara bertajwid
  • Tafsir surah lazim

2. Matapelajaran Adab

  • Pembudayaan adab dalam melahirkan pelajar yang berakhlak mahmudah
  • Mengamalkan akhlah islamiah secara istiqamah dalam kehidupan harian
  • Sebagai ikutan kepada orang lain

3. Matapelajaran Akidah

  • Akidah Ahli Sunah Waljamaah
  • Gabungan ilmu akidah dengan ilmu-ilmu lain, contohnya ilmu sains dan geografi
  • Penyelewangan agama sebagai salah satu cabaran dunia semasa

4. Matapelajaran Sirah

  • Keperibadian Rasulullah SAW, Rahmatun Lil’Alameen
  • Sirah Rasulullah SAW
  • Rasulullah SAW sebagai contoh peribadi ikutan
  • Tokoh-tokoh Islam sebagai ikutan

5. Matapelajaran Bahasa Arab

Meningkatkan perbendaharaan serta tatabasa bahasa Arab para pelajar. Mereka akan menguasai empat kemahiran ini:

  • Membaca
  • Menulis
  • Mendengar
  • Bertutur

6. Matapelajaran Tahfiz Al-Quran

Hafazan semua surah dalam juzuk 30 secara talaqqi melalui kaedah berikut:

  • Tasmik
  • Murajaah
  • Isbath
  • Tahdir

7. Matapelajaran Jawi dan Khat

  • Mampu mengenal, menulis dan membaca Khat
  • Mampu menyebut, mengenal, membaca dan menulis jawi

8. Matapelajaran Ibadah

  • Mengamalkan ibadah dengan istiqamah dalam kehidupan harian
  • Hukun hakam seperti wajib, sunat, halal, haram dan lain-lain lagi
  • Mengamalkan hukum hakam yang dipelajari secara istiqamah dalam kehidupan seharian

Kesimpulan

Kelas KAFA cukup penting dalam pembentukan jati diri seorang muslim dalam kalangan anak-anak kita. Terutamanya di dalam dunia yang kian mencabar ini.

Jika sekolah KAFA di sekitar  Seri Kembangan atau Putra Perdana atau Bandar Saujana Putra yang:

  • Sediakan fasiliti sekolah transit harian
  • Kelas berhawa dingin dan selesa
  • Setiap kelas pelajar tidak ramai
  • Berdaftar dengan JAIS

Maka anda boleh membaca lebih lanjut tentang sekolah kami, Sekolah Rendah Islam At Tanzeel. Klik sini untuk info lanjut.

Masih Mencari Sekolah KAFA Buat Anak Anda?

Daftar Sekarang Di Attanzeel
  • Sekolah transit harian & cuti sekolah
  • Kelas berhawa dingin dan selesa
  • Setiap kelas pelajar tidak ramai
  • Ada peperiksaan UPKK & PSRA
  • Berdaftar dengan JAIS

Baca Juga Tentang